Wednesday, December 16, 2009

Monday, November 23, 2009

Sukatan Pengurusan Sumber (Sains Perpustakaan)

Berikut adalah kandungan kursus untuk pertemuan November-Disember 2009.

Sains Perpustakaan (15 j)
Pusat Sumber dan Agensi Maklumat (4 j)
  • Pusat Sumber Sekolah (PSS),
  • Pusat Kegiatan Guru (PKG),
  • Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) dan
  • Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
  • Perpustakaan dan Agensi Maklumat
  • Pusat Sumber Elektronik
  • Jenis-jenis Sumber Maklumat
  • Sumber Maklumat dalam PSS
Pengurusan, Penggunaan dan Perkhidmatan Pusat Sumber (5 j)
  • Pentadbiran PSS
  • Kemudahan fizikal PSS
  • Susun Atur dan Pelan PSS
  • Perkakasan dan Peralatan PSS
  • Galakan, Promosi dan aktiviti PSS
  • PSS dalam meningkatkan budaya membaca
  • Pengajaran dan pembelajaran melaui PSS
Pengkelasan dan Pengkatalogan (6 j)
  • Definisi pengkelasan dan pengkatalogan
  • Tujuan Pengkelasan
  • Tujuan Pengkatalogan
  • Jenis-jenis Katalog
  • Jenis-jenis Kad Katalog
  • Katalog Buku dan Bukan Buku
  • Skema Pengkelasan
Pengautomasian Pusat Sumber

Pengurusan Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran – Laman Web (8 j)
  • Pengertian Laman Web
  • Kegunaan dan Kepentingan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Perisian Pembinaan Laman Web
  • Muat Naik “Upload”


Blogged with the Flock Browser

Definisi Sains Perpustakaan

Berdasarkan Buku Standard Program Sains Perpustakaan yang diterbitkan oleh MQA definisi Sains Perpustakaan ialah:


" Bidang sains perpustakaan dan maklumat merupakan gabungan sains perpustakaan dan sains maklumat. Sains perpustakaan (kadangkala dirujuk sebagai kepustakawanan) merujuk kepada prosedur berkaitan perpustakaan dan pengurusan perpustakaan. Sains maklumat berurusan dengan pengenalpastian, pengumpulan, pengendalian, pengorganisasian, penyimpanan, dapatan semula, penghantaran dan penggunaan maklumat yang direkodkan. Oleh itu, istilah sains perpustakaan dan maklumat merujuk kepada institusi (iaitu perpustakaan) dan proses (iaitu maklumat) dalam institusi tersebut. Setelah sekian lama, sains perpustakaan dan maklumat telah berkembang menjadi satu cabang pembelajaran antara disiplin yang merangkumi sains sosial, kemanusiaan, teknologi maklumat dan komunikasi serta sains gunaan. Kebelakangan ini juga, banyak istilah yang berkait rapat dengan istilah di atas telah muncul yang berkongsi satu perspektif umum tentang maklumat. Ini termasuklah pengurusan maklumat, informatik, pengurusan rekod dan pengurusan pengetahuan. "

Celik Maklumat

Berdasarkan laman web Bukuria celik maklumat berkaitan dengan konsep Sains Perpustakaan seperti berikut:


Apabila definisi itu diperhalusi, seseorang yang celik maklumat disyaratkan untuk mampu:

  • Memutuskan tahap keperluan sesuatu maklumat;
  • Mengakses / mencapai maklumat yang diperlukan itu secara efektif dan efisien;
  • Menilai maklumat tersebut dan sumbernya dengan penuh kritis;
  • Menggabungkan maklumat terpilih ke dalam himpunan pengetahuan yang telah sedia ada pada diri sendiri;
  • Menggunakan maklumat itu dengan berkesan untuk memenuhi tujuan; dan
  • Memahami isu ekonomi, sosial dan perundangan di sebalik penggunaan maklumat tersebut, serta menggunakannya secara beretika dan menurut undang-undang.