Monday, November 23, 2009

Definisi Sains Perpustakaan

Berdasarkan Buku Standard Program Sains Perpustakaan yang diterbitkan oleh MQA definisi Sains Perpustakaan ialah:


" Bidang sains perpustakaan dan maklumat merupakan gabungan sains perpustakaan dan sains maklumat. Sains perpustakaan (kadangkala dirujuk sebagai kepustakawanan) merujuk kepada prosedur berkaitan perpustakaan dan pengurusan perpustakaan. Sains maklumat berurusan dengan pengenalpastian, pengumpulan, pengendalian, pengorganisasian, penyimpanan, dapatan semula, penghantaran dan penggunaan maklumat yang direkodkan. Oleh itu, istilah sains perpustakaan dan maklumat merujuk kepada institusi (iaitu perpustakaan) dan proses (iaitu maklumat) dalam institusi tersebut. Setelah sekian lama, sains perpustakaan dan maklumat telah berkembang menjadi satu cabang pembelajaran antara disiplin yang merangkumi sains sosial, kemanusiaan, teknologi maklumat dan komunikasi serta sains gunaan. Kebelakangan ini juga, banyak istilah yang berkait rapat dengan istilah di atas telah muncul yang berkongsi satu perspektif umum tentang maklumat. Ini termasuklah pengurusan maklumat, informatik, pengurusan rekod dan pengurusan pengetahuan. "

No comments:

Post a Comment